welcome to my blog . bloggiechentaeiyka.blogspot.com . im here everydays . ahax ! lurve n tanx u vry much ! xoxoxoxo :))

Followers

Friday, May 20, 2011

pandangan lelaki .

ok , 1stly . ni semua just cakap" je lah . tak ada kene mengena dengan sesiapa pun . TAPI , ini memang 

hakikat yang sebenarnya . hehe !! oukie , now aku nak kongsi sal pandangan lelaki terhadap perempuan . err 

. ni semua diaorang ( boyfriend / kawan lelaki ) yang bagitahu . meh kite tengok ape sebenarnya yang lelaki 

pandang kat perempuan .


1. lelaki memang suke tengok gurl yang cantik , comel , putih , berkulit licin . erm , ni diorang lah kan yang

 cakap . haha !! tapi memang tak dinafikan , kebanyakkan lelaki memang suke pilih perempuan yang seperti 

ini .


2. lelaki yang agak-agak macho , dress up power , kebanyakkan nya lebih memilih perempuan yang free hair

 berbanding perempuan yang bertudung , tapi ni cume certain je lah . yang bagusnya . ada jugak lelaki yang 

minat gurl2 yang bertudung walaupun style dress up tak kene . heh >.<


3. lelaki jugak akan pilih perempuan berdasarkan bahagian dada mereka ( giler jugak dyorang kan ) haha . 

tak tahu lah . ini kata mereka .


4. sejahat-jahat lelaki , diaorang tetap akan memilih perempuan yang baik-baik untuk dijadikan isteri . ( * so , 

gurl ! behave , jage diri anda . * nasihat untuk diri saya juga )


5. lelaki memang suke layan pada perempuan" yang menggedik . tapi , just untuk suka" je . ( jadi gurl , tidak 

payah lah nak menggedik sgt kan )


6. lelaki tidak suka perempuan yang make up sane sini . macam mak nyah , pakai bedak tebal2 , sampai 

berbotol2 , merah sane merah sini , dress up lebih" . actually lelaki lebih suka perempuan yang natural . 


7. lelaki akan pilih perempuan yang sedap mata memandang . dari segi tingkah laku . perwatakan yang baik dan 

pandai jaga diri dan percakapan . lelaki memang tidak suka kepada perempuan yang tidak menjaga tingkah 

laku nya  . pegang laki ni , pegang laki tu . ( hati-hati , lelaki tetap akan memilih perempuan yang baik-baik 

walaupun diri mereka tidak lah sebaik mane pun )


cukup lah ni je yang dikongsikan . maybe , next entry kita tanya ape pandangan perempuan pada lelaki . hehe 

. so , yang buruk pada diri kita tu , kita ubah kearah yang lebih baik . nasihat kepada diri ini jugak . k , jumpa 

lagi . bubye !!

eiyka says :: tengs .
n please comment . hehe :))

Thursday, May 19, 2011

mainan emosi

kadang hati tertanya mengapa perkara yang kecil , ungkapan yang sedikit , perbuatan yang tidak disengajakan akan menyebabkan hati ini sering berkecil hati . namun , diri ini menyakini bahawa ianya adalah satu perasaan yang telah dicipta oleh Allah untuk setiap hambanya di dunia ini dan sebenarnya ingin menguji setiap hamba-hambanya menyakini dan membuat hati lebih kukuh untuk mengingati-Nya tanpa melupakan-Nya walau sesaat pun . namun , tatkala aku terdiam , tatkala aku termenung memikirkan semuanya yang berlaku tanpa aku duga , tatkala itu lah aku memikirkan tentang hikmah disebaliknya . namun , aku masih tidak lagi menemukan jawapan-Nya..apakan daya , perasaan ini tetap ada dalam raga manusia , enggan hati ini mengakui bahawa diri ini mampu tabah menghadapi mainan emosi , tambahan pula , perasaan itu datang atas lidah-lidah , dan perbuatan manusia yang tidak peka dengan emosi makhluk lain .

diri ini mengetahui tentang hukumnya berkecil hati . namun , diri ini hanyalah seorang manusia yang lemah , yang jarang-jarang sekali kuat untuk mengatasi segala masalah , segala perkara kecil yang terjadi . namun , rajuk hati ini sudah tidak dapat lagi untuk ku redakan..tatkala diri ini masih lagi dalam khayalan , diri ini teringat akan nasihat ustaz , "bahawa Allah menciptakan yang terindah untuk setiap manusia . kerana diberikan akal , mempunyai emosi , manusia boleh menangis , boleh ketawa , boleh berkata-kata , namun , pernahkah kita memikirkan , pernahkah kita terfikir , kadangkala , dengan kata-kata yang sedikit , boleh menyebabkan kita kehilangan semuanya .

 pernahkah kita kira , berapa kalikah kita telah menggunakan nikmat yang Allah beri ini , dengan membuat seseorang berkecil hati dengan sikap kita , pernahkah kita merasakan , bahawa kata-kata kita telah mengguris hati seseorang , dan lebih teruk lagi , jika orang itu adalah kedua ibu bapa kita" "setiap perkara yang terjadi adalah ujian dariNya , dan setiap manusia hendak lah sentiasa bersyukur terhadap nikmatnya dan hendaklah bersabar dalam setiap perkara yang buruk terjadi" tatkala diri ini masih sukar mengerti , namun , dengan ilmu yang sedikit , dengan kekuatan yang sedikit , dengan semangat yang kurang , namun diri ini ku gagahkan juga untuk memahami makna ayat itu . ya !! baru diri ini tahu bahawa , hendaklah bersabar dalam apa jua perkara yang kita hadapi , hendaklah sentiasa bersyukur kepada Allah tanpa ada sikap berkecil hati , kerana berkecil hati ibaratnya seperti seolah-olah kita tiada siapa-siapa , ibaratkan diri kita seperti melebihi segalanya . kecil hati memang amatlah kecil perkataan nya , namun , hati yang merasa tidak sekecil perkataan itu . namun , bila diri ini terasa begitu , hati ini merasa seolah-olah terlalu sedih ,  subhAnallah , maha suci Allah , ya , diri ini tidak boleh menyakiti hati orang lain dan disakiti , diri ini juga tidak boleh membunuh jiwa orang lain dan sebaliknya .

Alhamdulillah , kini diri lebih terasa tenang , kini diri lebih terasa kuat dan bersemangat untuk lebih mensyukuri atas tiap-tiap yang terjadi . pasti ada hikmah disebaliknya . setiap yang terjadi , diri ini berdoa agar sentiasa hati ini tidak berprasangka , kesalahan yang berlaku tidak diungkit-ungkit , dan berharap , hati ini lebih dikuatkan untuk berbuat kebaikan . insyaAllah . 

*fikiran negatif datangnya dari nafsu , yang sukakan bisikan syaitan . masyaAllah!

 Ya Allah , sesungguhnya aku insan yang kerdil , yang mempunyai perasaan dan emosi , maka Ya Allah , tabahkanlah aku dalam IMAN Ya Allah , janganlah biarkan aku hanyut dengan perasaan kecil hati atau merajuk Ya Allah dan masukkan lah juga iman pada kedua ibu bapaku , adik beradikku dan sahabat-sahabatku . amiin ya rabbalalamiin .